Saturday, 14 September 2013

Prescience @ Visionary @ Berwawasan




Prescience @ Visionary @ Berwawasan..

Pengalaman, pengetahuan dan berwawasan adalah gabungan kuasa yang perlu dihormati.

Kita semua ada kemahiran tersembunyi di dalam sesuatu bidang. Ia bukan sekadar diperolehi secara sambil lewa, tetapi berdasarkan bertahun-tahun pengalaman yang diperolehi dalam membangunkan bidang tersebut.

Dari hal ini tidak hairan untuk kita melihat seseorang itu mula dikenali sebagai sebagai PAKAR dalam perkara yang mereka cintai. Kredit untuk tuan Zamri Nanyan, tuan Aqif Azizan, tuan Shuth, tuan  Muaz Abdul Hadi, tuan Cikgu Hafis Anwar, tuan Gero Azrul serta ramai lagi ikon IM tanah air kita! Mereka adalah contoh individu2 yang tidak kenal semangat jemu dalam memperjuangkan apa yang mereka percayai dan kini bergelar pakar di dalam bidang masing-masing.


Tuesday, 10 September 2013

If a cluttered desk.... - Albert Einstein

"If a clutterred desk is a sign of a cluttered mind, of what, then, is an empty desk is a sign? " - Albert Einstein

Tersurat dan tersirat.

(Mesti ramai yang sedang melihat meja kerja masing?)
 

Monday, 9 September 2013

Importance of Mentoring - Sir Richard Branson

"Whenever I am asked what is the missing link between a promising businessperson and a successful one, mentoring comes to mind." - Sir Richard Branson

https://www.virgin.com/richard-branson/the-importance-of-mentoring

;-) Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Passion is energy - Oprah Winfrey

“Passion is energy. Feel the power that comes from focusing on what excites you.”

Quote yang dipetik daripada Oprah Winfrey

Kata-kata semangat yang menjadi asas pegangan kepada Ema untuk sentiasa bersemangat di dalam memperjuangkan apa yang diminati

Tepuk dada anda, tanyalah selera. Kelainan dirasakan jika apa yang dilakukan sekarang adalah berdasarkan PASSION / MINAT anda.

Adakah anda, berjuang untuk satu matlamat ini?

SWOT vs TOWS analisis






Sama tapi tak serupa.

Kedua-duanya berhubung rapat dalam membantu kita dalam memahami dan membuat pilihan 'strategic thinking'

Nak tahu lebih lanjut?

Sunday, 8 September 2013

SWOT Analysis




Kadang-kadang Anda mesti terfikir apakah Kekuatan dan Kelemahan anda, kan?

Sama ada sebagai seorang pekerja mahupun sebagai seorang usahawan.

Cuba ikuti langkah ringkas ini, tetapi amat berpengaruh dalam menggerakkan langkah anda yang seterusnya.

Kenal pasti, kekuatan dan kelemahan anda dari segi luaran dan dalaman. Amalkan untuk setiap langkah untuk proses maju ke hadapan.

Nanti, Ema kupas lebih mendalam lagi tentang tajuk ini. Nak?

Penerangan ringkas melakar SWOT Analysis

Di sini, Ema huraikan secara ringkas, maksud sebenar SWOT, berserta perkara-perkara yang anda boleh list kan dalam mengenal  pasti faktor luaran dan dalaman, sebelum membuat langkah strategik yang seterusnya

Bermula di sini, anda akan dapat kenali potensi sebenar diri / perniagaan anda. Nampak remeh dan ringkas kan? Tetapi ung kuasanya amat berpengaruh.

Analisis ini boleh diguna pakai berulang kali. Amalkan. Buat senarai baru jika perlu atau bergantung kepada sesuatu perkara yang sedang diusahakan.



Thursday, 5 September 2013

Pilihan 1 produk sebagai fokus kepada permulaan perniagaan



Contoh di sini, Ema akhirnya memilih produk slimming sebagai fokus untuk Ema memulakan perniagaan Ema.

Ada beberapa sebab Ema mengambil keputusan ini. Faktor paling utama sebab Ema telah menggunakannya dan mendapat hasil yang amat memuaskan. Oleh itu, amat yakin untuk bergerak sebagai 'walking testimonial'.

Disenaraikan juga, sebab-sebab lain mengapa produk ini menjadi pilihan Ema.

 Senang kan? Selamat mengenal pasti MINAT anda yang boleh ditukar kepada $$$$$$$$$$$$

https://www.facebook.com/EmerildaSani

Cross Marketing (my point of view)



Aha. Inilah yang best tentang 'cross marketing'. 

Network kita akan bertambah dengan cepat. Syaratnya, ke dua-dua pihak ada win-win situation. 

"Saya promote awak punya bisnes, awak promote saya punya bisnes"

 Jangkamasa panjang ia dapat membantu membina kredibiliti. Ia juga menjimatkan kos. 

Contoh Cross Marketing yang Ema perhatikan di antara IM kita adalah antara TuanAqif Azizan dan Tuan Zamri Mohamad serta Tuan Zamri Nanyan dan Tuan Azizi Ali.

Contohi cara mereka.

https://www.facebook.com/EmerildaSani

Pembahagian Niche terhadap minat / Passion Anda





Ini adalah contoh terhadap cara yang pantas untuk membahagikan kepada kumpulan kecil, terhadap minat / passion.

Contoh yang Ema gunakan di sini, Ema pilih bidang kecantikan. Ema memang suka benda cantik. Dari segala hal. Bidang kecantikan, banyak kategorinya. So, perah otak sikit, tulis jer apa sahaja yang berkaitan dan terlintas di fikiran

Ema highlight perkataan 'Slimming' 

Aha. Tunggu gambarajah seterusnya....

Cara Asas Menyenaraikan Minat / Passion Anda



Ini adalah cara asas untuk membuat senarai asas apa sahaja MINAT anda.

Tiada had. Tulis sebanyak mungkin perkara yang menggembirakan anda. Kemudian, perhatikan perkara yang betul-betul dekat di hati dan anda tidak mungkin bosan untuk melakukannya berulang kali. 

Contoh yang Ema 'bintangkan' ialah BIDANG KECANTIKAN. Akan dihuraikan lebih lanjut mengenainya pada gambarajah akan datang.

https://www.facebook.com/EmerildaSani

Wednesday, 4 September 2013

Proses Asas Brain Storming

Proses Asas Brain Storming

;-) disebabkan bertalu2 PM bertanyakan kepada Ema;

"Macam mana hendak tahu MINAT saya?"

Ok, di sini Ema dengan sukacitanya buat sedikit draf bagaimana nak conteng2 idea anda dalam mengenal pasti minat anda.

Contoh di sini, Anda berminat dengan Fesyen. So, langkah ke dua, scribble la macam nih... buat beberapa keping kertas pun tak apa.

Dah selesai buat, confirm minda berasa sedikit tenang, kerana anda berjaya buat langkah pertama. Yey!

Selamat mencuba!

Tuesday, 3 September 2013

Hormati Masa

Topik yang amat Ema gemari dan menjadi perbincangan hangat hari ini.

MASA

Jika sudah berjanji hendak berjumpa pada hari dan masa yang tertentu, adalah terbaik untuk tiba di sana 10 minit lebih awal.

Sekiranya merasakan diri tidak dapat menepati janji, hubungi teman tersebut dan maklumkan anda mungkin akan terlewat. DI sini, ada juga ETIKA garis waktu untuk memaklumkan kepada mereka.

Contoh: Senario 1

Janji dengan Cik Puan A pukul 1030am, hari Rabu.

- anda dalam perjalanan, sesak teruk keadaan lalu lintas. jam menunjukkan 10am. sebaiknya, call atau sms Cik Puan A dan maklumkan anda akan tiba dalam pukul 11am atau 1130am kerana keadaan trafik. Dan anda juga akan update beliau sekiranya dapat tiba lebih awal atau sebaliknya.

- Jika Cik Puan A terpaksa menolak kerana beliau juga 'rushing' untuk ke tempat lain, redha jer itu bukan hari untuk anda berdua. :-) buat janji temu yang lain.

Contoh: Senario 2

Janji dengan Cik Puan A pukul 1030am, hari Rabu

- call atau sms Cik Puan A 1 hari sebelum hari temujanji dan 'reconfirm' jadual tersebut. Mana tahu beliau tiba - tiba ada urusan lain yang tidak boleh di elakkan?

*Kesimpulan di sini, hormat menghormati masa sesama kita. Kita hanya merancang.

Get the point kan? Semoga sukses!

Wednesday, 21 August 2013

Papan Impian @ Vision Board

Sekejap-sekejap merenung update version vision board. Di dalam fikiran bermain pelbagai perkara dan memikirkan strategi untuk menjadikan impian satu kenyataan!

Rasanya dah berpuluh kali duduk di SOHO hari ini dan duduk termenung merenung ke arah vision board dan tersenyum seorang diri

Yang pastinya, bila dah terpampang di depan mata memang hati tak tahan! 

Semoga dipermudahkan, Ya Allah! Amin, amin, amin...





Masyallah! Kuasa fokus (dengan izin Nya juga), baru jer siap vision board few days... ada yang dihajati sudah berada dalam proses yang dihajati! Insyallah, hajat itu akan tercapai lebih awal dari yang diingini.

Dateline: 4 minggu dari sekarang!

36 weeks bump

Adeh! Dah beratus kali perut asyik terlanggar meja.. masih juga nak duduk kat SOHO nih... 

@my 36 weeks bump


MLM atau Agen Beban Pinjaman?

MLM atau Agen Bebanan Pinjaman?
oleh Zamri Nanyan

Semalam saya sempat baca satu artikel yang panjang tentang seorang pengedar produk syarikat multi-level-marketing.

Dahulunya beliau memang pengedar tegar untuk produk syarikat tersebut, namun setelah beberapa insiden, akhirnya beliau tersedar bahawa banyak perkara yang dilakukan tidak betul.

Sedih bila saya dengar cerita-cerita sebegini kerana pada pendapat saya, MLM adalah untuk sesiapa sahaja mudah memulakan perniagaan.

Tapi sekiranya untuk mula menjual produk MLM pun anda disuruh untuk mengambil pinjaman sebanyak puluhan ribu ringgit, saya sendiri pun merasa jelek dengan taktik sebegitu.

Maaflah sekira perkataan saya agak kasar tapi itulah yang saya rasakan sekarang.

Apa yang berlaku ialah, selepas anda menyertai MLM tersebut dengan mengambil pinjaman, kemudian anda pula cari orang untuk melakukan perkara yang sama, tidakkah itu membebankan orang dan bukannya menolong orang memulakan bisnes?

Itu namanya menambahkan bebanan hutang orang.

Saya tak pasti sekiranya ada di kalangan pembaca wall saya ini juga adalah di antara mereka yang saya sebutkan di atas.

Tapi jika anda adalah di antaranya, muhasabah diri sendiri dan lihat bagaimana masalah ini dapat diperbaiki atau diselesaikan.

Ingatlah! Saranan saya dan ramai lagi usahawan di luar sana ialah mulakan bisnes dengan dana yang sedia ada. Mula dengan kecil-kecilan dahulu pun tidak mengapa. Kemudian, sekiranya perlu untuk memperbesarkan bisnes yang sedang berkembang, barulah anda boleh fikirkan untuk mengambil pinjaman.

Bukannya ambil pinjaman untuk memulakan bisnes yang belum tentu anda faham, belum tentu anda yakin, belum tentu anda rasa akan berjaya.


tambahan sumber**

http://jhazkitaro.blogspot.com/2012/11/taktik-taktik-memerangkap-orang-dalam.html

http://mazlinda-abubakar.blogspot.ae/2013/08/15-facts-sbb-kenapa-sy-stop-dr-premium.html

Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak-anak

Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, ibu pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain...
Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe,
KLINIK ADA!! Sepanjang di tempat kerja, anak2 di
rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu
ayah... Rindu mama.. Tp... Nak ckp rindu x reti...
Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil
anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak
nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad...
Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk
dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak
itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerana
hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg
anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n
sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV,
FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2
dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu
abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan
abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat
bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai
makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama...�

#peringatan buat diri sendiri...

Tuesday, 20 August 2013

Senarai nama kedai online yang diragui

Sila rujuk senarai nama kedai atau business online yang menipu ni jika anda kerap melakukan pembelian di internet. Malaysia sebenarnya masih mundur dalam hal pembelian barang secara online kerana masih ramai yang menipu dan menjadi mangsa tipu.
Tak seperti Korea. Kebanyakan perniagaan mereka adalah secara talian. Penghantaran on the spot adalah antara yang terbaik. Sebab itu mereka mampu maju dalam masa yang singkat. Tapi di Malaysia masih ramai makhluk yang mengambil kesempitan di atas kecanggihan teknologi. Macam mana Malaysia nak maju kalau berniaga pun tipu orang. Untung nak cepat. Kalau perniagaan orang lain maju, mulalah nak sabotaj. Adeh..
Bagi pembeli, sebaik-baiknya lihat testimoni atau komen pembeli yang lain dulu samada beliau peniaga yang boleh dipercayai atau tidak. Kalau takde testimoni sila tinggalkan. Dalam Islam pun ada kata; kalau was-was elok tinggalkan.
Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga:

1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google
2) Assyaima Collection
Report by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply
3) Kartisha Little Bizhub
Report by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided
4) Jason / Ah keong / YU KAM LEAN
Report by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware
5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)
Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.
6) Wawa Najwa ZK’nas Lens
Report by Cik N Syuhada , until now tak refund duit
7) Yanti Shaterz
Report by many people, mak kutu yang makan duit haram
8 ) Babyrina
Report by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.
http://www.facebook.com/princess.babyrina
~ http://www.facebook.com/reena.colections
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100002641425341
~ http://www.facebook.com/lolypopprincess.reena
~ http://www.facebook.com/profile.php?id=100003265896181&ref=ts
9) Coachbagz wonderland
Report by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.
10 ) Katty Eng
Report by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang
11) Set Nona Roguy
Report by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena
12) Thalia Amanie @ Juliana Sulaiman
Report by many people , main kutu yang makan duit orang. More details :
FULL NAME —> JULIANA SULAIMAN
NO IC —> 870207495266
NO HP —> 017656278
NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201)
ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760
SBG JAYA SELGR
13) KIKI GAJET @Muhammad Shaz
Report by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265
14 ) Buabuai Buaian cukur Jambul
Report by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784
15) Rainbow House @ Chong Kar Ying
Report by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.
16) Koleksi Kpop Eshop @ Norfazilawati Binti Jefferi 01112026208
Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang
17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd Jamaian
Report by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi
18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed Fisol
Report by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K.
19) Lens Collections
Report by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.
20 ) Nor Aymylia Bt Normazlin
Report by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k
21) Nellisa Abd Rahman
Reported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu
22) Bee florian @ Aizan Fong Abdullah
Reported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.
23) Rosidah Abdullah
Reported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti. Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617
24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738
Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.
25) Adayana Perfume @ Syahidan Ahmad
Reported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.
26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md Rejab
Reported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai. DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662
27) Korean Sweety Eye
Reported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall
28) Kedai saya @ Mohd Syazamie
Reported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi
29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu Frenz
Reported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang
30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt Jamaludin
Reported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap
31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang Utama
Reported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer.
32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa Mazlan
Reported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.
33) Tudung Abu Dhabi
Reported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.
34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia Collections
Reported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat.
35) Lim Anna
Reported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.
Untuk lain-lain senarai penipu terkini, boleh juga terjah: Senarai Penipu Online Malaysia Detail [scammer]
Sehingga kini masih ramai yang berkongsi peniaga-peniaga yang menipu di page tersebut. Boleh rujuk dari semasa ke semasa..
Anda ada maklumat lain tentang peniaga yang menipu? Boleh kongsikan disini.
sumber: fitrihadi.com

Tips Deko 4 - Ubah suai kedudukan perabot

Ema secara terang-terangan menggemari seni hiasan dalaman. Tetapi, tidak pula sampai suka membazir menukar beli perabot di rumah setiap masa.

Boleh dikatakan setiap 4 ke 6 bulan, Ema suka menukar kedudukan perabot agar rumah nampak seperti baru dan segar. Ini kerana, Ema bekerja sepenuh masa dari rumah dan sentiasa memerlukan mood baru yang dalam menyipakan sesuatu projek yang sedang diusahakan.

Contoh di bawah ialah ruang tamu kesayangan yang sentiasa menerima tetamu dalam hal persendirian mahupun kerja. Sudah beberapa kali berubah rupa. Namun perabot masih sama dan ada tambahan terbaru, coffee table. :-)

Single seater yang berwarna putih, Ema tidak tukar cuma beli kain dan hamparkan ke atasnya. Modal serendah RM50 sahaja. Jika buat upholstery, memang mencecah ribuan ringgit. 

Manakala 2 seater yang didapati dari IKEA juga (klippan), mempunyai pelbagai koleksi warna untuk sarungnya. Cuma RM99 untuk setiap satu! Jadi, Ema mempunyai set putih dan hitam, kerana itu tema warna ruang tamu Ema.

Jun 2012

Januari 2013 - seperti yang terpapar di dalam Anjung Seri Mac 2013

April 2013


August 2013


Tips Deko 3 - Meja dan kerusi makan

Meja makan untuk 6 orang ini, boleh dijadikan untuk 10 orang juga. Ema beli di IKEA, dengan harga runtuh! Cuma RM600, kerana ia ber status ex-display. Harga asalnya ialah RM1200. Memang jimat sangat.

Kerusi makan ini, bukannya sekali dengan set meja makan, tetapi daripada koleksi meja makan terdahulu yang masih Ema guna pakai di dapur. Ema memang sukakan konsep 'wrap and refresh' di mana ia amat menjimatkan.

Secara umum, survey telah dibuat, purata untuk menempah sarung kerusi makan, dalam RM150 untuk setiap kerusi! Tersedak juga. Tetapi, Ema memang bernasib baik. Ketika berada di Singapura, Ema terjumpa dengan 'sarung ready made' ini yang hanya berharga RM50! 


Tips Deko 2 - Console Table

Memang cantik sekiranya berkesempatan dan mempunyai ruang untuk menghiasi rumah dengan set console table dan cermin.

Apa pun, fikirkan konsep yang bersesuaian terlebih dahulu, tengok bajet, banyakkan survey. Hiasan jangan keterlaluan. 

Set ini Ema beli di SSF dengan harga diskaun yang hebat. Cuma RM800, iaitu separuh dari harga asal untuk meja dan cermin ini! 


Projek Deko - Bilik Newborn Baby

Mood mengubahsuai kembali!

Less than 8 minggu! Nanti Ema update, antara 2 bilik ini yang mana satukah akan berubah rupa dalam 4 minggu, menjadi Nursery Room
 



Doa Ekspress yang senang dimakbulkan

Para Isteri sekelian.... nak Doa ditunaikan dengan Ekspress?

Sebelum tidur malam nih... urut-urut la kaki suami tuh... Dan bisikkan, padanya,

"Sayang, I nak pahala lebih malam nih. Mohon restu semuanya berjalan lancar hari esok dan segala urusan dipermudahkan"

Simple je kan?

ps- suka buat macam nih, di saat-saat hubby hampir terlelap. Beliau akan tersenyum dan cium dahi Ema... confirm! Esok, niat baik yang dihajati akan termakbul dengan cepat!

Amin... Insyallah....
 

Tips Deko 1 - Meja Hiasan

Meja yang dihias indah ini kosnya RM40!  Tapi, Ema invest sedikit dalam RM250 untuk cover yang nampak eksklusif, ditempah khas.

Kos RM40? Sebab ia sebenarnya adalah PINTU stor, yang tidak digunakan lagi dan kemudian hubby Wan Muhsin membeli kaki meja pasang siap dari #ikea dengan harga yang dinyatakan.

Meja ini menjadi bualan kenalan dan famili!




Kepentingan Personal Coaching - credit untuk semua mentor

Ramai menegur apabila sedar kebelakangan ini Ema asyik menekankan kepentingan#personalcoaching

Bukan apa. Sebab Ema sedar dengan mempunyai mentor, lagi cepat untuk anda mencapai impian. Dengar dan praktikkan.

Dahulu sewaktu Ema mula berkecimpung dalam bidang online, kebanyakan masa adalah #trialanderror .

Beruntung rakan-rakan yang lain, sekarang ramai mentor-mentor yang boleh dijadikan sebagai idola!

Credit untuk mereka Zamri NanyanAqif AzizanCikgu Hafis AnwarGero Azrul,Muaz Abdul HadiFaisal AbdullahAmmar serta ramai lagi!

Terima kasih yang tidak terhingga

Kepentingan Engagement bersama pelanggan

Senario biasa yang ditanya:

"Ema, i ada fan page, LIKE juga banyak.. tapi tak ada sales la..."

Ema jawab;

"Ada buat engagement dengan bakal pelanggan?"

"Perlu ye? Ingatkan kalau di online, tak perlu bersoal jawab sangat. Just promote gitu-gitu, mereka akan order tanpa banyak soal"

Hmm... alahai....

Ladies... proses jual beli tidak semudah itu, mahupun terlalu rumit... tapi, ada caranya. 

Wednesday, 19 June 2013

Proses perkembangan pembelajaran


'Merangkak, Berjalan & Berlari'

Perumpamaan yang boleh dikait rapat dengan apa jua yang kita lakukan.

Jika pertama kali melangkah dalam sesuatu hal yang baru, seperti ingin berniaga di online. Anda seolah-olah baru nak merangkak. Bertanya sini dan sana. Mencari asas sebelum betul-betul 'terjun'ke alam ini. Banyak hak boleh diperolehi dengan percuma, cuma perlu rajin banyak google di online.

Dah ada sebutir dua pengetahuan,proses merangkak diteruskan dengan percubaan berjalan. Tika itu, mungkin sudah sampai masanya memilih seorang mentor yang boleh membimbing anda kearah yang di ingini. Di sini, proses pelaburan yang lebih intensif perlu dilakukan. 

Jika mentor merasakan anda sudah bersedia untuk berlari, mereka selalunya akan bagi hint untuk anda bersedia melakukan sesuatu yang mungkin anda rasakan ianya di luar kemampuan! Di sini juga, banyak network yang hebat mula terjalin. Hinggakan anda terasa seolah berada di alam mimpi! 

Mimpi yang makin menjadi realiti! Jadi tiada salahnya mulakan merangkak, kemudian belajar berjalan dan seterusnya anda bersedia untuk memecut!

Ema mulakan perjalanan sebagai usahawan online dengan semua proses yang dinyatakan. Tapi, proses menuntut ilmu tidak akan pernah cukup. Keep on moving!

Sunday, 16 June 2013

Disiplin Masa

Ema berpegang teguh dengan 'on time'. Perasaan agak kesal atau tertanya-tanya jika yang berjanji dengan kita pada waktu-waktu tertentu tidak muncul seperti yang dijanjikan. Oleh itu, memang berasa amat berterima kasih jika dimaklumkan agak awal sedikit sekiranya yang berjanji temu ada masalah lain yang membuatkan akn lewat tiba.

Sama dengan Ema. Kadang-kadang perkara yang mendatang tidak dapat dielakkan, jadi call atau sms mereka-mereka tersebut, seandainya Ema yang akan terlewat. 

'Perangai' ini terbentuk apabila Ema pernah menyertai pasukan Pengakap pada zaman persekolahan. Masih terbayang-bayang jika lewat tiba pertemuan mingguan pengakap akan didenda berlari keliling padang, mahupun berkawad berjam-jam... Pernah juga dijirus air sungai Ledang apabila masih berada di tempat tidur sedangkan kawan-kawan yang lain dah mula beratur di subuh hari!

Kini, itu yang Ema pupuk pada anak-anak tersayang. Selalu mengingatkan mereka tepati masa. Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu jika telah berjanji. Yang pastinya, kakak Batrisyia Syasmeen Wan sudah tahu, jika kami ingin keluar pada waktu-waktu tertentu, dia akan sibuk menyuruh adiknya Rayyan agar bersiap-sedia, menunggu mommy dan bukan Ema yang menunggu mereka.  Ísyarat Ema sudah hampir mahu keluar, apabila saat Ema menyarungkan anak tudung. Itu tandanya mereka berdua perlu memakai kasut!

Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.
 — feelingwonderful with Wan Muhsin.

Wednesday, 12 June 2013

"Pengetahuan Produk"- Apprentice Asia

Gagal untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai produk anda, akan memberi kesan yang amat tinggi dalam menentukan kejayaan atau kegagalan strategi pemasaran anda

Pengguna sekarang amat bijak dan mereka dapat mengesan jika anda hanya memandai mengenai pengetahuan produk tersebut ataupun mereka akan terpegun dengan kebijaksanaan anda tentang produk itu.

Pilihan di tangan anda. 

www.superprofitmom.com

Testimoni pembaca Super Profit Mom


www.superprofitmom.com 

Berfikir sebelum bertindak

Mendalam ke ayat ini? Terfikir apabila melalui chatting yang berunsurkan tenatng perkara rakan-rakan pernah melabur bukan ratusan malahan puluhan ribu terhadap sesuatu produk.

Bukan semua pelaburan akan mendatangkan keuntungan, kerana ia bergantung kepada diri sendiri untuk melariskannya. Yang penting, tanya pada diri sendiri:

1. Adakah anda MINAT dengan produk tersebut?
2. Adakah anda sudah mula memikirkan STRATEGI bagaimana hendak mendapatkan pulangan modal?
3. Adakah anda sudah memikirkan EXIT PLAN sekiranya no.2 tidak berjalan seperti yang dirancangkan?
4. Adakah anda sudah bertanya PENDAPAT rakan-rakan lain, kerana mereka lebih mengenal kebolehan anda. Banyakkan bertanya sebelum membuat keputusan

Tidak semestinya sesuatu produk itu laris di pasaran, anda akan senang-senang menjualnya. Ia memerlukan disiplin yang tinggi dan percaya pada diri sendiri

Seandainya anda telah pun membuat pelaburan yang besar dan mula panik stok menimbun, malahan mungkin stok itu punyai tarikh luput, beringat bahawa ini hanyalah satu 'bad investment'.

Peluang lain akan menanti. JIka rasa gundah gulana, sedih, kecewa, hampa... LET IT GO! FIkirkan sejenak, ramai usahawan berjaya pernah lalui saat ini juga. Tetapi, ia tidak menghentikan semnagat mereka utk terus berjuang!

Í have not, failed. I've just found 10,000 ways that wont work - Thomas Alva Edison.

Senyumlah!