Tuesday, 3 September 2013

Hormati Masa

Topik yang amat Ema gemari dan menjadi perbincangan hangat hari ini.

MASA

Jika sudah berjanji hendak berjumpa pada hari dan masa yang tertentu, adalah terbaik untuk tiba di sana 10 minit lebih awal.

Sekiranya merasakan diri tidak dapat menepati janji, hubungi teman tersebut dan maklumkan anda mungkin akan terlewat. DI sini, ada juga ETIKA garis waktu untuk memaklumkan kepada mereka.

Contoh: Senario 1

Janji dengan Cik Puan A pukul 1030am, hari Rabu.

- anda dalam perjalanan, sesak teruk keadaan lalu lintas. jam menunjukkan 10am. sebaiknya, call atau sms Cik Puan A dan maklumkan anda akan tiba dalam pukul 11am atau 1130am kerana keadaan trafik. Dan anda juga akan update beliau sekiranya dapat tiba lebih awal atau sebaliknya.

- Jika Cik Puan A terpaksa menolak kerana beliau juga 'rushing' untuk ke tempat lain, redha jer itu bukan hari untuk anda berdua. :-) buat janji temu yang lain.

Contoh: Senario 2

Janji dengan Cik Puan A pukul 1030am, hari Rabu

- call atau sms Cik Puan A 1 hari sebelum hari temujanji dan 'reconfirm' jadual tersebut. Mana tahu beliau tiba - tiba ada urusan lain yang tidak boleh di elakkan?

*Kesimpulan di sini, hormat menghormati masa sesama kita. Kita hanya merancang.

Get the point kan? Semoga sukses!

No comments:

Post a Comment