Sunday, 16 June 2013

Disiplin Masa

Ema berpegang teguh dengan 'on time'. Perasaan agak kesal atau tertanya-tanya jika yang berjanji dengan kita pada waktu-waktu tertentu tidak muncul seperti yang dijanjikan. Oleh itu, memang berasa amat berterima kasih jika dimaklumkan agak awal sedikit sekiranya yang berjanji temu ada masalah lain yang membuatkan akn lewat tiba.

Sama dengan Ema. Kadang-kadang perkara yang mendatang tidak dapat dielakkan, jadi call atau sms mereka-mereka tersebut, seandainya Ema yang akan terlewat. 

'Perangai' ini terbentuk apabila Ema pernah menyertai pasukan Pengakap pada zaman persekolahan. Masih terbayang-bayang jika lewat tiba pertemuan mingguan pengakap akan didenda berlari keliling padang, mahupun berkawad berjam-jam... Pernah juga dijirus air sungai Ledang apabila masih berada di tempat tidur sedangkan kawan-kawan yang lain dah mula beratur di subuh hari!

Kini, itu yang Ema pupuk pada anak-anak tersayang. Selalu mengingatkan mereka tepati masa. Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu jika telah berjanji. Yang pastinya, kakak Batrisyia Syasmeen Wan sudah tahu, jika kami ingin keluar pada waktu-waktu tertentu, dia akan sibuk menyuruh adiknya Rayyan agar bersiap-sedia, menunggu mommy dan bukan Ema yang menunggu mereka.  Ísyarat Ema sudah hampir mahu keluar, apabila saat Ema menyarungkan anak tudung. Itu tandanya mereka berdua perlu memakai kasut!

Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.
 — feelingwonderful with Wan Muhsin.

No comments:

Post a Comment