Ema secara terang-terangan menggemari seni hiasan dalaman. Tetapi, tidak pula sampai suka membazir menukar beli perabot di rumah setiap masa.
Boleh dikatakan setiap 4 ke 6 bulan, Ema suka menukar kedudukan perabot agar rumah nampak seperti baru dan segar. Ini kerana, Ema bekerja sepenuh masa dari rumah dan sentiasa memerlukan mood baru yang dalam menyipakan sesuatu projek yang sedang diusahakan.
Contoh di bawah ialah ruang tamu kesayangan yang sentiasa menerima tetamu dalam hal persendirian mahupun kerja. Sudah beberapa kali berubah rupa. Namun perabot masih sama dan ada tambahan terbaru, coffee table. :-)
Single seater yang berwarna putih, Ema tidak tukar cuma beli kain dan hamparkan ke atasnya. Modal serendah RM50 sahaja. Jika buat upholstery, memang mencecah ribuan ringgit.
Jun 2012
Januari 2013 - seperti yang terpapar di dalam Anjung Seri Mac 2013
April 2013
August 2013
No comments:
Post a Comment