Mendalam ke ayat ini? Terfikir apabila melalui chatting yang berunsurkan tenatng perkara rakan-rakan pernah melabur bukan ratusan malahan puluhan ribu terhadap sesuatu produk.
Bukan semua pelaburan akan mendatangkan keuntungan, kerana ia bergantung kepada diri sendiri untuk melariskannya. Yang penting, tanya pada diri sendiri:
1. Adakah anda MINAT dengan produk tersebut?
2. Adakah anda sudah mula memikirkan STRATEGI bagaimana hendak mendapatkan pulangan modal?
3. Adakah anda sudah memikirkan EXIT PLAN sekiranya no.2 tidak berjalan seperti yang dirancangkan?
4. Adakah anda sudah bertanya PENDAPAT rakan-rakan lain, kerana mereka lebih mengenal kebolehan anda. Banyakkan bertanya sebelum membuat keputusan
Tidak semestinya sesuatu produk itu laris di pasaran, anda akan senang-senang menjualnya. Ia memerlukan disiplin yang tinggi dan percaya pada diri sendiri
Seandainya anda telah pun membuat pelaburan yang besar dan mula panik stok menimbun, malahan mungkin stok itu punyai tarikh luput, beringat bahawa ini hanyalah satu 'bad investment'.
Peluang lain akan menanti. JIka rasa gundah gulana, sedih, kecewa, hampa... LET IT GO! FIkirkan sejenak, ramai usahawan berjaya pernah lalui saat ini juga. Tetapi, ia tidak menghentikan semnagat mereka utk terus berjuang!
Í have not, failed. I've just found 10,000 ways that wont work - Thomas Alva Edison.
Senyumlah!
No comments:
Post a Comment