Start with your business idea and figure out what you need to do to make it a reality. Get the education you need to succeed, and build a support group of mentors, coaches, friends, and family members who will be there for you in both good and bad times.
Then, take action on your dream! Owning a business is full of positive, priceless experiences. You just need to be willing to do what it takes to get through the negative times to succeed.- Kim Kiyosaki
Tiada perkara yang sempurna. Semuanya boleh ditambah baik dari masa ke semasa. Yang penting, mulakan dengan idea dan seterusnya fikirkan langkah terbaik yang boleh dilakukan. Idea dan peluang hebat selalunya muncul di waktu yang kita tak jangkakan. BIla difikirkan kadang-kadang, bila terlalu merancang, langsung tak bergerak. Terkubur hanya di dalam minda kita. Sering juga terjadi, idea yang kita terasa akan menjadi perniagaan hebat, diam-diam orang lain telah memulakannya dahulu. Kecewa? Nak marah pada siapa?
Jadi, sentiasa bersedia. Ubah minda, dan bertindak segera. Lebih baik mencuba daripada hanya mendiamkan diri.
Terus berjuang untuk memperoleh pendidikan, bina kumpulan mentor-mentor, rakan-rakan serta kaum keluarga yang akan sentiasa menyokong anda di kala suka dan duka. Kerana dengan adanya mereka, semangat anda akan sentiasa membara.
No comments:
Post a Comment