Wednesday, 19 June 2013

Proses perkembangan pembelajaran


'Merangkak, Berjalan & Berlari'

Perumpamaan yang boleh dikait rapat dengan apa jua yang kita lakukan.

Jika pertama kali melangkah dalam sesuatu hal yang baru, seperti ingin berniaga di online. Anda seolah-olah baru nak merangkak. Bertanya sini dan sana. Mencari asas sebelum betul-betul 'terjun'ke alam ini. Banyak hak boleh diperolehi dengan percuma, cuma perlu rajin banyak google di online.

Dah ada sebutir dua pengetahuan,proses merangkak diteruskan dengan percubaan berjalan. Tika itu, mungkin sudah sampai masanya memilih seorang mentor yang boleh membimbing anda kearah yang di ingini. Di sini, proses pelaburan yang lebih intensif perlu dilakukan. 

Jika mentor merasakan anda sudah bersedia untuk berlari, mereka selalunya akan bagi hint untuk anda bersedia melakukan sesuatu yang mungkin anda rasakan ianya di luar kemampuan! Di sini juga, banyak network yang hebat mula terjalin. Hinggakan anda terasa seolah berada di alam mimpi! 

Mimpi yang makin menjadi realiti! Jadi tiada salahnya mulakan merangkak, kemudian belajar berjalan dan seterusnya anda bersedia untuk memecut!

Ema mulakan perjalanan sebagai usahawan online dengan semua proses yang dinyatakan. Tapi, proses menuntut ilmu tidak akan pernah cukup. Keep on moving!

Sunday, 16 June 2013

Disiplin Masa

Ema berpegang teguh dengan 'on time'. Perasaan agak kesal atau tertanya-tanya jika yang berjanji dengan kita pada waktu-waktu tertentu tidak muncul seperti yang dijanjikan. Oleh itu, memang berasa amat berterima kasih jika dimaklumkan agak awal sedikit sekiranya yang berjanji temu ada masalah lain yang membuatkan akn lewat tiba.

Sama dengan Ema. Kadang-kadang perkara yang mendatang tidak dapat dielakkan, jadi call atau sms mereka-mereka tersebut, seandainya Ema yang akan terlewat. 

'Perangai' ini terbentuk apabila Ema pernah menyertai pasukan Pengakap pada zaman persekolahan. Masih terbayang-bayang jika lewat tiba pertemuan mingguan pengakap akan didenda berlari keliling padang, mahupun berkawad berjam-jam... Pernah juga dijirus air sungai Ledang apabila masih berada di tempat tidur sedangkan kawan-kawan yang lain dah mula beratur di subuh hari!

Kini, itu yang Ema pupuk pada anak-anak tersayang. Selalu mengingatkan mereka tepati masa. Jangan biarkan orang tertunggu-tunggu jika telah berjanji. Yang pastinya, kakak Batrisyia Syasmeen Wan sudah tahu, jika kami ingin keluar pada waktu-waktu tertentu, dia akan sibuk menyuruh adiknya Rayyan agar bersiap-sedia, menunggu mommy dan bukan Ema yang menunggu mereka.  Ísyarat Ema sudah hampir mahu keluar, apabila saat Ema menyarungkan anak tudung. Itu tandanya mereka berdua perlu memakai kasut!

Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.
 — feelingwonderful with Wan Muhsin.

Wednesday, 12 June 2013

"Pengetahuan Produk"- Apprentice Asia

Gagal untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai produk anda, akan memberi kesan yang amat tinggi dalam menentukan kejayaan atau kegagalan strategi pemasaran anda

Pengguna sekarang amat bijak dan mereka dapat mengesan jika anda hanya memandai mengenai pengetahuan produk tersebut ataupun mereka akan terpegun dengan kebijaksanaan anda tentang produk itu.

Pilihan di tangan anda. 

www.superprofitmom.com

Testimoni pembaca Super Profit Mom


www.superprofitmom.com 

Berfikir sebelum bertindak

Mendalam ke ayat ini? Terfikir apabila melalui chatting yang berunsurkan tenatng perkara rakan-rakan pernah melabur bukan ratusan malahan puluhan ribu terhadap sesuatu produk.

Bukan semua pelaburan akan mendatangkan keuntungan, kerana ia bergantung kepada diri sendiri untuk melariskannya. Yang penting, tanya pada diri sendiri:

1. Adakah anda MINAT dengan produk tersebut?
2. Adakah anda sudah mula memikirkan STRATEGI bagaimana hendak mendapatkan pulangan modal?
3. Adakah anda sudah memikirkan EXIT PLAN sekiranya no.2 tidak berjalan seperti yang dirancangkan?
4. Adakah anda sudah bertanya PENDAPAT rakan-rakan lain, kerana mereka lebih mengenal kebolehan anda. Banyakkan bertanya sebelum membuat keputusan

Tidak semestinya sesuatu produk itu laris di pasaran, anda akan senang-senang menjualnya. Ia memerlukan disiplin yang tinggi dan percaya pada diri sendiri

Seandainya anda telah pun membuat pelaburan yang besar dan mula panik stok menimbun, malahan mungkin stok itu punyai tarikh luput, beringat bahawa ini hanyalah satu 'bad investment'.

Peluang lain akan menanti. JIka rasa gundah gulana, sedih, kecewa, hampa... LET IT GO! FIkirkan sejenak, ramai usahawan berjaya pernah lalui saat ini juga. Tetapi, ia tidak menghentikan semnagat mereka utk terus berjuang!

Í have not, failed. I've just found 10,000 ways that wont work - Thomas Alva Edison.

Senyumlah!

Monday, 10 June 2013

Rahsia menjadi Pelajar Hebat

Lewat pagi tadi, berkesempatan berborak dengan Shuhadah Khalil... seorang gadis manis yang sedang sibuk menghadapi minggu peperiksaan di Universitinya.

Perbualan singkat itu mengingatkan memori lampau Ema, sewaktu bergelar pelajar. Ema akui, memang malas untu ke kelas apatah lagi mengulangkaji bila waktu terluang. Lebih suka keluar lepak bersama rakan-rakan. Hasilnya, bila minggu exam, memang jadi kelam kabut, tidur sering tak cukup. Disebabkan ini, result memang teruk! :-(

Semuanya berubah setelah mengenali si dia yang kini teman sehati sejiwa, Wan Muhsin. Mengenalinya, mengajar Ema untuk 'study smart'. Sampai sekarang kata-katanya 15 tahun yang dahulu masih menebal.

Secara umum kami berkenalan tanpa disengajakan. First impression, beliau memang sangat suka melepak! So, anggapan Ema kami serupa, so boleh berkawan. Di saat Ema sedang melalui zaman kegelapan  di universiti, takdir menemukan kami. Satu hari, terjumpa result examnya di dalam kereta! Terkedu! Mamat yang suka melepak most of the time, result giler! hanya 0.01 pointer untuk dapat Deans List! Arrghhhh.... perasaan malu menebal. Dan secara mendadak, Ema tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Yer la. Saat itu, Ema hampir dibuang dari Universiti, tetapi diberi peluang kali ke dua. Terasa sungguh tidak padan untuk terus berkawan dengannya.

Tak disangkakan, 'kehilangan' Ema cuba tidak mahu berjumpa dengannya mendatangkan rasa bimbang. Dia berjaya mencari Ema dan minta penjelasan kenapa menghilangkan diri? Adakah kerana Ema dah berjumpa dengan orang lain? Setelah dipujuk, dengan rasa malu yang teramat sangat Ema menjelaskan segalanya. Dia, hanya tersenyum dan mengatakan sesuatu kepada Ema...

"You telah diberi peluang untuk memulakan sekali lagi. I akan support u all the way. U suka lepak? Tapi nak score macam I? Just do what i do.. I'll share with u my secrets"
Bagaikan terpukau, Ema menganggukkan kepala bersetuju. 3 semester berlalu. Alhamdullilah, Ema berjaya mendapatkan Deans List, di mana sebelum ini ia seolah-olah mimpi!

Apa rahsianya? Masyallah, senang sahaja:
1. Fokus ketika di dalam kelas
2. Duduk paling hadapan
3. Balik dari kelas, belek-belek nota yang baru dipelajari
4. Sebelum masuk chapter baru, faham atau tidak, belek-belek sendiri buku rujukan.
5. Selalu rapatkan diri dengan pensyarah agar dapat tips hebat
6. Buat assignment lebih awal daripada 'dateline'

Ema ikuti dengan taksub apa yang diajar. Hasilnya, malam sebelum exam, kami berdua selalunya suka menonton wayang. :-) Enjoy sungguh! Tiada rasa stress

Benar orang katakan, berkawan dengan mereka yang postif, kita sendiri akan berubah menjadi lebih baik!

Terima kasih, Sayang. I am what I am today with your patience and understanding.

Sunday, 9 June 2013

Tanggungjawab sebagai seorang Wanita, Isteri, Ibu dan Usahawan - Super Profit Mom

Sebagai seorang wanita, ibu, isteri dan juga usahawan, BOHONG jika mengatakan semua kerja boleh dibuat sendirian. Lebih -lebih lagi jika tiada pembantu rumah, seperti saya. 

Impian tinggi melangit ingin menjadi seorang usahawan. Tetapi tanggungjawab sebagai ibu dan isteri juga harus dititikberatkan. Mana nak fikir membasuh, melipat dan menggosok baju? Apatah lagi memasak? Menegemas rumah? Kerja sekolah anak - anak?

DI sini, dorongan dan pengertian suami amat diperlukan dan dihargai. Antara saya dan suami, alhamdullilah, bahagian menggosok baju suami, diserahkan kepada khidmat laundry. Masak memasak pun jarang-jarang. Suami amat memahami. Yang lain-lain, saya buat yang terbaik.  Kita semua ada peranan masing-masing. Antara anda dan suami, pandailah membahagi tugas agar rumahtangga dan impian masing-masing dapat dicapai dengan sepakat dan harmoni

Doa, restu dan usaha seiringan.

Ingin tahu info ringkas tapi bermanfaat dalam menjadi 'super mom', dapatkan ebook www.superprofitmom.com dengan segera. Ia digarap berdasarkan pengalaman peribadi.

Friday, 7 June 2013

Modjo - Super Profit Mom

Setiap daripada kita ada kekuatan dalaman masing-masing. Itu yang membuatkan kita ístimewa dan unik di pandangan mata orang lain

Kadang-kadang modjo kita berada di tahap tertinggi dan pada masa itulah kita akan bertindak dengan segala kudrat yang ada. Mesti anda pernah alami saat-saat sebegini. Seolah-olah bermimpi, jika tiba-tiba impian yang lama diidamkan seperti minat menulis dan menjadi pengarang, anda mula mengarang dan menerbitkan buku anda yang pertama! 

Ini semua kerana modjo.

Tapi kadang-kadang modjo anda terhenti separuh jalan. Jangan putus asa! Serapkan kembali mood anda dan teruskan perjalanan.

Untuk info lebih mendalam di www.superprofitmom.com ada dijelaskan 'Transformasi Minat Jadi Wang Besar'

Teknik Ghaibkan Stres - Super Profit Mom

Stress? 

Satu perkataan yang terlalu sinonim dalam kehidupan kita. Bergantung kepada anda bagaimana hendak menangani stress yang seolah-olah sentiasa wujud dan tidak mahu pergi!

Jika terasa stres sedang melanda cuba lakukan ini:

1. Berehat dan tenangkan minda
2. Lakukan perkara yang anda sukai seperti pergi menonton wayang, ke spa ataupun membeli belah

Jiwa dan fikiran yang stress membuatkan anda sukar untuk berfikir. Jadi, 'take a step slower and inhale... exhale..inhale..exhale'

Nak tahu lebih lanjut 'Teknik Ghaibkan Stres' dapatkan di www.superprofitmom.com

Semoga hari anda ceria selalu

Ilmu Tangan Sotong? - Super Profit Mom

Bagaimana seorang wanita, ibu dan isteri menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa?

Tiada rahsia atau ilmu silap mata! Kami praktikkan strategi yang sistematik

1. Mendapat dorongan positif daripada suami dan keluarga
2. Mempraktikkan 'Imu Tangan Sotong' dalam menguruskan perniagaan serta aktiviti harian

Penerangan lebih lanjut tentang Ilmu Tangan Sotong di www.superprofitmom.com

Satu Produk vs Pelbagai Produk - Super Profit Mom

Menerima satu soalan yang menarik.

"Mengapa usahawan online tidak digalakkan mempromosi pelbagai produk yang berlainan genre dalam satu page? Bukan ke multiple income stream amat lumayan?"

 Perniagaan online agak berlainan caranya. Kita digalakkan FOKUS pada satu produk atau servis untuk satu page. Biar orang ramai kenal kita sebagai 'pakar' dalam bidang yang kita promosikan.

Contoh paling ketara. Jika nama-nama ini disebut, apa yang anda ingat?

Jutawan Internet = Irfan Khairi
Pakar Bisnes Internet = Zamri Nanyan
Jutawan Perkataan = Aqif Azizan
Super Profit Mom = ? 

Biar usaha anda berbuah dengan hasil yang memberangsangkan dahulu sebelum bertindak melakukan pelbagai pendapatan sampingan yang lain.

12 Langkah mudah membina kredibiliti perniagaan dari rumah secara sepenuh masa hanya di www.superprofitmom.com

Membina Network untuk kredibiliti berpanjangan - Super Profit Mom

Network

Bina hubungan baik dengan mereka yang telah terkenal dan dihormati. Kredibiliti anda boleh dinilai dengan sekali imbas oleh mereka yang lain

Kerana hendak membina hubungan baik dan berpanjangan memerlukan masa dan kesabaran.








Brainstorm - Super Profit Mom

Hendak berniaga tetapi tiada idea atau terlalu banyak idea? Brainstorm dulu. Tanya pendapat rakan-rakan. Tengok tengok sekeliling apakah trend yang hangat

Copycat jika perlu, tapi usahakan ke arah cara anda yang tersendiri.

Setuju? 

www.superprofitmom.com 

Kepercayaan dan Sifat Tulus Ikhlas - Super Profit Mom

Kepercayaan. 

Usah ragu dan takut sekiranya anda dapat merasakan pelanggan anda mulai berkurangan. Ini perkara biasa. Sifat manusia. Suka mencuba benda baru setiap masa.

Kekalkan layanan mesra serta sifat jujur dalam menjawab pertanyaan mereka. Percayalah, mereka akn kembali mendapatkan produk atau servis anda.

Antara topik menarik di dalam www.superprofitmom.com ialah

"Strategi Buat Pelanggan Jatuh Cinta dan Bagi Duit Berkali-kali"

Momentum - Super Profit Mom

Momentum. Kekalkan momentum dalam segala yang dilakukan. Jika tengah rancak dan aktif dalam perniagaan anda pastikan minda sentiasa positif dan fokus

Sekali momentum menurun untuk anda kembali bergerak cergas caranya akan berlainan dan dugaan lain mendatang.

Jika terasa momentum semakin perlahan rehatkan minda seketika pergi bersantai dan minta idea baru dari rakan network yang lain. bertukar idea dengan mereka selalu.

Ingatlah. ilmu tidak akan habis....

Dapatkan tips hebat daripada usawahan usahawan wanita online yang tegar di www.superprofitmom.com

Sunday, 2 June 2013

Koleksi Quotes daripada Robert Kiyosaki

"The richest people in the world look for and build networks, everyone else looks for works" - Robert Kiyosaki

Woah! Network, Network, 1000x Networks. Tak perlu kata apa-apa.
 — feelingdetermined.

Koleksi Quotes oleh Donald Trump

"When Donald Trump was asked recently what he would do if he had it to do all over again, his matter-of-fact, one-line reply was: "I would get into network marketing."

"If you're interested in 'balancing' work and pleasure, stop trying to balance them. Instead make your work more pleasurable."


Saturday, 1 June 2013

"Learn from every mistake" - quote

“It doesn’t matter how far you might rise. At some point, you are bound to stumble. If you’re constantly pushing yourself higher and higher, the law of averages predicts that you will at some point fall. And when you do, I want you to remember this: There is no such thing as failure. Failure is just life trying to move us in another direction. Now, when you’re down there in the hole, it looks like failure. When that moment comes, it’s okay to feel bad for a little while. Give yourself time to mourn what you think you may have lost. But then, here’s the key: Learn from every mistake, because every experience, particularly your mistakes, are there to teach you and force you into being more who you are.” - Oprah Winfrey

"Start with your business idea" - quote

Start with your business idea and figure out what you need to do to make it a reality. Get the education you need to succeed, and build a support group of mentors, coaches, friends, and family members who will be there for you in both good and bad times.
Then, take action on your dream! Owning a business is full of positive, priceless experiences. You just need to be willing to do what it takes to get through the negative times to succeed.- Kim Kiyosaki
Tiada perkara yang sempurna. Semuanya boleh ditambah baik dari masa ke semasa. Yang penting, mulakan dengan idea dan seterusnya fikirkan langkah terbaik yang boleh dilakukan. Idea dan peluang hebat selalunya muncul di waktu yang kita tak jangkakan. BIla difikirkan kadang-kadang, bila terlalu merancang, langsung tak bergerak. Terkubur hanya di dalam minda kita. Sering juga terjadi, idea yang kita terasa akan menjadi perniagaan hebat, diam-diam orang lain telah memulakannya dahulu. Kecewa? Nak marah pada siapa?
Jadi, sentiasa bersedia. Ubah minda, dan bertindak segera. Lebih baik mencuba daripada hanya mendiamkan diri.
Terus berjuang untuk memperoleh pendidikan, bina kumpulan mentor-mentor, rakan-rakan serta kaum keluarga yang akan sentiasa menyokong anda di kala suka dan duka. Kerana dengan adanya mereka, semangat anda akan sentiasa membara.