Wednesday, 29 May 2013

Matang pada usia 16 tahun

1994
Tahun bersejarah! Peralihan dari tingkatan 3 dan diterima masuk ke aliran sains untuk tingkatan 4. Tetapi, jauh di sudut hati memang tidak berminat dengan apa-apa subjek berkenaan dengan subjek sains. Apakan daya, sudah ditetapkan oleh pihak sekolah, aliran ini ditentukan di atas keputusan PMR yang lepas. Ditambah pula, berpindah sekolah dari Kuala lumpur ke Kuching, Sarawak kerana mengikuti papa yang bertukar tempat kerja!
Dengan cabaran aliran yang tidak diminati di tambah pula cabaran berkomunikasi dengan rakan sekelas yang rata-ratanya menggunakan bahasa melayu tempatan! Tetapi langkah pertama diambil, Ema belajar untuk menguasai bahasa melayu Sarawak sehingga fasih! Tetapi, cabaran di dalam pelajaran semakin teruk. Diam tak diam sudah masuk ke pertengahan tahun! Peperiksaan akan bermula bila-bila masa. Tersentak dirasakan apabila tersedar tiada satupun subjek aliran sains yang difahami! Sudah terbayang akan mendapat markah yang ‘teruk’ serta terfikir apa akan jadi dengan SPM yang bakal diduduki penghujung 1995? Tiba-tiba dirasakan dunia gelap gelita. Masa depan nampak sungguh hambar. Banyak yang bermain di minda. Akhirnya, kuatkan semangat... Ema luahkan apa yang terbuku di hati kepada papa dan mama tercinta! Ema nyatak hasrat untuk bertukar ke aliran sastera!
Walaupun mereka agak terkejut dengan apa yang disampaikan, tetapi alhamdullilah berita ini diterima dengan matang dan tenang daripada seorang remaja. Mereka adalah ibubapa terbaik di dunia! Papa dengan bijak berkata, dan sampai bila-bila akan Ema ingati ungkapan ini, “Ini hidup along, keputusan di tangan along. Papa dan mama akan menyokong apa sahaja yang terbaik”. Papa telah berjanji, sekiranya keputusan peperiksaan yang akan diterima ‘teruk’ seperti yang difikirkan, papa akan membantu dalam penukaran aliran tingkatan.
*Peperiksaan pertengahan berlalu. Hari yang ditunggu telah tiba. Keputusan peperiksaan diterima dan ditunjukkan kepada papa dan mama. Ema mendapat nombor tercorot di dalam kelas! Markah-markah subjek sains semunya berwarna merah! Memang tidak terkejut sama sekali. Bukan saja-saja hendak membiarkan laporan di kad sebegini! 
Seperti yang dijanjikan, papa dan mama menemani Ema ke sekolah dan berjumpa dengan pengetua sekolah. hasrat dinyatakan. Sudah tentu pengetua amat terkejut! Beliau mengatakan, tidak pernah ada kes sebegini semenjak sekolah dibuka lebih daripada 30 tahun yang lepas! Pengetua agak keberatan untuk memberikan kebenaran. Lagipun sudah bulan Julai 1994, peperiksaan akhir tahun semakin hampir. Beliau bimbang Ema akan hanya buang masa untuk cuba mempelajari 6 bulan terawal subjek-subjek di dalam aliran sastera. Tetapi, syukur, papa memberikan janji bahawa dia akan memastikan apa sahaja pelajaran yang Ema tertinggal di dalam aliran sastera, dia sendiri akan meluangkan masa mengulangkaji bersama-sama. Papa cuma minta pengetua luluskan pertukaran aliran dan hal lain-lain usah dibimbangkan. Antara ungkapan yang masih menusuk kalbu, “Saya percaya dengan anak saya. Dia pasti berjaya dan akan menjadi antara pelajar terhebat sekolah ini!” Dengan kata-kata ini, alhamdulllah, bermulanya kehidupan Ema sebagai pelajar aliran sastera!
Cabaran pertama, setelah berita tersebar pertukaran aliran, ramai kawan-kawan dan ada juga guru-guru yang marah kerana mereka rasa Ema membuang masa dengan keputusan yang dibuat. Tetapi atas dorongan dan kepercayaan papa dan mama, ema hanya pekakkan telinga dan fokus dengan aliran yang diminati. Masa-masa terluang memang diisi dalam mempelajari topik yang 6 bulan ketinggalan dibelakang!
Bulan demi bulan, akhirnya peperiksaan hujung tahun 1994 tiba! Desas desus ramai ingin melihat Ema jatuh! Ramai ramalkan Ema akan mencatat rekod yang serupa. Yang bermain di fikiran hanyalah ingin menjadi yang terbaik untuk diri sendiri! Ingin buktikan kepada papa dan mama serta pengetua, kepercayaan mereka terhadap Ema tidak sia-sia. 
**Rekod keputusan peperiksaan akhir tahun akhirnya tiba! Kesyukuran yang tidak terhingga! Tidak disangkakan kepercayaan terhadap kekuatan diri untuk melakukan apa yang diminati, akhirnya telah mengorak satu sejarah di sekolah itu! Terima kasih papa dan mama (Sani Mohd Taib & Ungku Khatikah Ungku Ibrahim)! Terima kasih juga, pengetua GRSS, Puan Halimah Haji Mohd Sahari!
***1995, diteruskan dengan rasa bangga dan fokus sepanjang tahun! 2 tahun terbaik dilalui. Keputusan SPM diumumkan, Ema tersenarai antara 5 pelajar terbaik sekolah! Di sini di saat ini, Ema mengenal pasti erti ‘percaya kepada kebolehan diri sendiri’! Tersenyum sendiri mengingati Jun 1994. Jika langkah drastik itu tidak diambil, di manakah agaknya Ema akn berada? Bersyukur kerana diberi kekuatan untuk melakukan perubahan di dalam hidup, walaupun ketika itu hanya berumur 16 tahun! Amin. Jika Ema boleh, ANDA juga boleh!! 








No comments:

Post a Comment