Wednesday, 29 May 2013

Dunia niaga maya yang terasing

2011  
Sejak menamatkan pengajian tinggi, Ema telah berkali-kali menukar kerjaya. Daripada bidang perhotelan, ke pengurusan sumber manusia, ke kesetiausahaan, bidang pendidikan dan juga pengurusan acara. Ini berlaku kerana Ema rasakan seakan tidak puas dan cepat bosan. Tambahan pula sejak memiliki keluarga sendiri, tumpuan dan fokus telah beralih arah. Terasa amat sayu memikirkan tidak berpeluang melihat anak-anak sendiri membesar di depan mata. Keluar awal pagi, anak masih tidur, balik lewat malam, anak sudah tidur semula! Terfikir, inikah tujuan menjadi seorang ibu dan juga isteri?
Setelah berfikir sedalam-dalamnya, Ema mengambil langkah drastik. Meletakkan jawatan sebagai seorang pengurus dalam masa 24 jam! Tindakan ini memeranjatkan suami, tetapi syukur beliau cuba memberi ruang untuk Ema membuktikan tindakan Ema adalah yang terbaik untuk diri dan keluarga.
Ketika ini, Ema tidak berapa mengenali dunia online. Cuma tahu ia mempunyai potensi besar tetapi tidak pasti apa yang perlu dilakukakan. Setelah sebulan bergelar ‘penganggur terhormat’ kesedaran mengetuk minda. Tak kan sampai akhirnya bergantung kepada suami untuk memiliki sesuatu? Terasa buang masa belajar tinggi-tinggi, tetapi akhirnya tidak menggunakan ilmu untuk kebaikan diri. Jauh sekali ingin memulakan kerjaya di bidang korporat sebab sudah sayangkan waktu kualiti bersama anak-anak. Kami semakin rapat. Perasaan gembira sebagai seorang ibu kian menebal. Tak sanggup rasanya berjauhan terlalu lama setiap hari tanpa kehadiran mereka di sisi. Mula memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk memiliki pendapatan sendiri serta keseronokan mempunyai buying power tanpa meminta-minta sangat daripada suami.
Kebetulan, sewaktu santai menganggur, suami sedang mencuba satu produk kesihatan dan hasilnya amat mengagumkan. Idea beliau juga untuk suka-suka memaparkan perubahan diri beliau selepas mengamalkan produk tersebut. Dengan secara sengaja, saya meletakkan gambar beliau di FB. Tak disangka, ramai bertanya apa yang diamalkan sehingga perubahan yang kelihatan amat ketara. Waktu itu, tidak ramai yang berniaga atau menggunakan FB sebagai medium untuk berniaga. Lebih ramai tahu kewujudan ‘blogging’. Idea ‘gila’ menerjah minda.
Bermula Januari 2011, Ema memulakan langkah sebagai seorang peniaga online tanpa disedari. Tiada sasaran tinggi diletakkan untuk mencapai pendapatan bulanan yang diinginkan. Cuma terdetik, jika usaha sekecil ini dapat membawa pulangan dalam RM3,000.00 jualan, sudah memberangsangkan. Tidak pasti, di mana atau dengan siapa boleh berguru, jadi semua dilakukan ikut firasat hati. Ema mula merapatkan diri dengan berkunjung ke kedai buku. Mengorek rahsia pemasaran dan pengurusan pelanggan melalui bacaan. Dalam banyak-banyak yang dibaca, satu perkara yang amat menyerlah apabila satu kenyataan mengatakan kita perlu menulis cek impian. Ema ikut dan lakukan. Ema print dan letakkan sasaran RM15,000.00 pada Jun 2011.
Hari demi hari, diteruskan dengan semangat dan makin seronok kerana tidak perlu keluar rumah terlalu kerap dan banyak jualan dan hubungan dengan pelanggan terjalin hanya melalui laptop. Bulan berganti bulan, tanpa disedari, penghujung Mac 2011 menghampiri. Terasa gementar memikirkan bulan Jun semakin menghampiri. Semangat ingin tahu adakah usaha 3 bulan pertama ini berbaloi? Ema mula mengadap penyata akaun di online dari Januari 2011… SYukur, bulan pertama rekod jualan melebihi sedikit daripada target! Teruja unutk melihat berapa agaknya jualan untuk bulan Februari 2011? Masyallah! Tidak disangkakan, jualan bulan tersebut adalah hampir 3 kali ganda daripada bulan yang pertama! Syukur sangat-sangat. Keyakinan diri semakin tinggi. Terasa sasaran untuk bulan Jun 2011 boleh diperolehi. Pada mulanya ingin menunggu sehingga akhir Jun 2011 untuk melihat hasilnya. Tetapi firasat hati menyuruh unutk melihat penyata bulan Mac 2011. Terkejut bukan kepalang! Target bulan Jun 2011 sudah tercapai 3 bulan lebih awal!
Lebih manis lagi, pada Julai 2011, Ema telah dinobatkan sebagai stokis terbaik di Malaysia dengan jualan melebihi RM150,000.00 dalam masa 6 bulan sahaja! Tambahan pula, Ema hanya beroperasi dari rumah sahaja.



Alhamdullilah. Sememangnya kini Ema semakin berkeyakinan tinggi. Percaya apa yang ingin dicapai bukan hanya angan-angan kosong. Usaha, tawakal dan restu diamalkan seiringan. Minda ini, diletakkan di mode positif sentiasa. Sentiasa berdoa agar fokus dan pendirian tidak mudah pudar dan seandainya dirasakan agak terpesong dari arah yang dituju, Ema akan segera merujuk dengan mentor-mentor serta sahabat handai yang bersama-sama berjuang di dalam aliran perniagaan. Ema doakan agar semua yang membaca, memiliki semangat dan kekuatan diri untuk terus berjuang.

Inilah rentetan 3 peristiwa penting dalam memajukan Ema sebagai seorang usahawan Super Profit Mom! Untuk anda, mulakan lakaran sejarah anda yang tersendiri. Kini, ramai mentor-mentor tanahair yang hebat belaka boleh anda berguru dan meluaskan empayar anda! Teruskan belajar dan belajar kerana ia tiada akhirnya.

No comments:

Post a Comment