Wednesday, 29 May 2013

'When your plan failed, embrace it' - quote

'When your plan failed, embrace it. Hold on to it and move on' - Bill Rancic The Apprentice

Usah gentar jika perancangan tidak menjadi, teruskan usaha yang seterusnya agar perancangan itu tetap akan tercapai, walaupun pelbagai cara perlu dilakukan. Inilah kehidupan. Ada masanya ia di atas, ada masanya ia di bawah. Semua yang terjadi ada hikmah.

Menonton rancangan Giuliana & Bill mengenai perjalanan getir mereka dalam usaha mendapatkan anak sejak berkahwin. Ditambah berita Giuliana mengidap kanser payudara di mana ia menyukarkan untuk beliau mengandung. Tetapi berkat ketabahan dan sokongan sesama suami dan isteri itu, mereka mengharungi rintangan yang mendatang dengan cekal dan meneruskan kehidupan.

Setiap orang ada masalah yang tersendiri. Ia bergantung kepada kita bagaimana ingin menghadapinya. Setiap jalan dan usaha pasti ada rintangan. 


Tips menawan hati pelanggan - artikel

Ada cara mudah untuk menawan hati bakal pelanggan anda. Tidak perlu gusar untuk memikirkan bagaimana hendak memujuk rayu atau mendesak mereka agar membeli produk atau servis yang anda tawarkan. Cuba ikuti 5 langkah mudah ini:-
  1. Buka minda bakal pelanggan -Melalui perbualan demi perbualan anda dengan mereka, buka minda mereka dan yakinkan mereka apa sahaja masalah yang mereka hadapi ketika itu, boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Luangkan masa untuk melakukan perbincangan yang telus dengan mereka dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Bakal pelanggan dapat menghidu jika anda sebenarnya ikhlas dalam membantu mereka ataupun hanya berpura-pura sekadar agar mereka menjadi pelanggan anda.
  2. Fokus kepada bakal pelanggan yang paling berpotensi -Kenal pasti bakal pelanggan yang mempunyai potensi tertinggi dalam membeli produk atau servis daripada anda. Ini bermaksud fokus kepada bakal pelanggan yang pada ketika itu memang sedang mencari produk atau servis dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Tetapi jangan diabaikan mereka yang sedang menggunakan produk atau servis daripada orang lain. berhubung dengan yang paling berpotensi dengan kerap dan yang lain, sekali sekala bertanya khabar. Purata kajian pernah membuktikan bahawa selalunya selepas 7 kali seorang pelanggan berkata ‘tak nak’, akhirnya kali yang ke 8, kemungkinan besar mereka akan menjadi pelanggan anda. Jadi, jangan mudah putus asa.
  3. Bantu bakal pelanggan untuk membeli dengan bijak -Berikan khidmat perundingan kepada mereka agar pembelian yang akan mereka lakukan adalah bertepatan dengan kehendak mereka pada masa itu. Percayalah jika pelanggan sedar anda jujur mereka akan kembali untuk mendapatkan produk atau servis hanya daripada anda. Malahan mereka dengan senang hati akan membantu mempromosi  perniagaan anda kepada kenalan mereka pula! Secara tak langsung anda akan mendapat potensi pelanggan baru!
  4. Peroleh kepercayaan dengan bukti atau testimoni -Selain janji yang diberikan elok juga jika disertakan dengan bukti yang sahih tentang keberkesanan produk atau servis anda. Bukti boleh diberi dalam bentuk gambar atau sms serta pelbagai cara lain lagi. Sentiasa kemas kini testimoni terbaru yang anda perolehi daripada pelanggan-pelanggan anda kerana ini akan meningkatkan kredibiliti untuk mempengaruhi jualan daripada bakal pelanggan anda pula.
  5. Kenali keperluan bakal pelanggan -Sebelum cuba mempromosi produk atau servis anda, kenali bakal pelanggan dan serba sedikit latar belakang mereka. tanya jika sudah berkeluarga atau apa minat mereka dan sebagainya. buat mereka sebagai kawan. Dari perbualan singkat itu cari peluang bertanyakan mereka hal yang berkaitan dengan apa yang anda boleh tawarkan melalui perniagaan anda. contohnya, jika ingin memperkenalkan produk menguruskan badan kepada seseorang, selidik serba sedikit adakah bakal pelanggan itu sedang menggunakan sebarang produk yang sama ataupun memang sedang mencari. Tidak bermakna jika mereka sedang menggunakan produk lain anda tidak perlu memperkenalkan produk anda, yang penting biar mereka tahu jenis perniagaan yang anda jalankan. Mungkin dalam masa terdekat mereka akn mencari anda! Sekiranya mereka sedang tercari-cari produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah masanya untuk anda bertindak dengan bijak!
Selamat mencuba!

Tips membentuk ‘Right Mindset’ - artikel

Seringkali kita dengar orang di sekeliling berkata, ‘Right Mindset’. Apa maksud mereka? Right Mindset adalah apabila kita sentiasa fokus dengan apa yang sedang kita lakukan. Perkara ini merangkumi hal-hal perkerjaan mahupun hal-hal peribadi. Contohnya apabila kita sedang giat belajar, maka kita harus mempunyai minda yang bersesuaian sebagai seorang pelajar.
Ia sebenarnya tidak sesukar mana untuk kita sentiasa mempunyai mode ini di dalam minda kita. Ikuti langkah-langkah ringkas dalam membentuk minda yang tepat
  1. Jangka masalah yang akan timbul dan bersedia dengan penyelesaian – di dalam apa jua perkara yang anda lakukan, sentiasa bersedia dengan masalah yang mungkin timbul dan jalan penyelesaiannya. MInda anda perlu kreatif dan terangsang dalam menangani hal yang tidak diingini dengan bijak dan cekap. Contoh jika kenalan anda adalah raja sehari dan anda dilantik sebagai pengapit, tiba-tiba pengantin diberitahu ‘mak andam’ tidak dapat hadir! Apa anda akan buat untuk membantu pengantin?
  2. Tanggungjawab – anda perlu mempunyai nilai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap perkara yang anda sedang usahakan. Contoh, sebagai pengapit anda tentunya orang yang paling dipercayai, tenangkan pengantin dan bertindak dengan pantas agar dapat mencari ‘mak andam’ yang masih lapang pada jangkamasa singkat. Minta pertolongan dari orang lain jika perlu.
  3. Titik beratkan jalan penyelesaian – anda perlu memastikan bahawa jalan penyelesaian yang dipilih bertepatan dengan waktu yang anda ada. Buat yang terbaik. Niat yang ikhlas dapat dilihat dari riak muka serta tindakan yang anda ambil pada waktu itu. Contoh, sebagai seorang pengapit, tugas rasmi anda membantu pengantin dalam hal-hal yang tidak dijangkakan. Ini hari mereka, anda adalah ‘penyelesai masalah’ sekiranya sesuatu perkara yang tidak dijangka timbul.
  4. Jadilah rakan sepasukan yang berkesan dan cekap – kerja berkumpulan hanya akan berjalan lancar apabila kesemua ahli kumpulan bersatu hati. Walaupun personaliti atau gaya bekerja berbeza, tetapi itu semua sepatutnya tidak perlu ditonjolkan secara berasingan apabila anda sedang mengusahakan sesuatu bersama-sama. Contoh, anda sebagai pengapit kepada pengantin, harus juga bekerjasama dengan keluarga pengantin dalam menangani masalah mencari pengganti ‘mak andam’. Mungkin akan ada selisih faham dan sebagainya, tetapi anda harus bersikap professional agar majlis yang bakal berlangsung berjalan sempurna.
  5. Beri sepenuh perhatian terhadap kerja anda – fokus dengan perkara yang anda sedang buat pada waktu tersebut. Contoh, jika kini anda sebagai seorang pengapit, buat tugas anda yang terbaik. Mungkin anda tidak sedar, tetapi tindak tanduk pengapit dan bagaimana mereka mengiringi pengantin sentiasa diperhatikan.
Praktikkan langkah-langkah ringkas ini setiap kali anda sedang menumpukan perhatian dalam sesuatu hal. Pasti segalanya akan berjalan lebih mudah.
Selamat mencuba!

Tips ‘Menarik’ Duit - artikel

Hari ini kita sentuh topik ‘Bagaimana menarik duit ke dalam hidup anda’. Topik yang menarik? Bila sebut perkataan magik ini, memang ramai akan membulatkan mata, membesarkan lubang telinga mahupun memanjangkan leher jika boleh. Memang banyak pepatah mengatakan, duit bukan segala-galanya, tetapi hakikat yang perlu kita semua akui, dengan ada duit, sebanyak mana yang kita mahu, mengikut kehendak masing-masing, boleh memberikan kebahagiaan. Tidak dimaksudkan materialistik, cuma keperluan duit ini bergantung kepada individu.
Jadi, bagaimana nak ‘tarik duit’? Sebenarnya mudah untuk berbuat demikian. Kuasa minda anda perlu digunakan. Bagaimana?
  1. Fokus kepada ‘kemewahan’ – Tiada salahnya melihat kepada harta benda yang mewah dan terasa seakan-akan tidak mungkin kita kecapi. Ini tanggapan yang perlu diperbetulkan. latih diri kita. Rajinkan diri sentiasa melihat kemewahan orang lain dan tanya pada diri sendiri. Jika mereka boleh, anda juga boleh! YAB Datuk Dr Maznah Hamid sentiasa tegaskan kepada saya, dahulu sewaktu beliau hanya seorang guru mengajar anak-anak orang kaya, beliau selalu mengambil kesempatan bergambar di hadapan kereta, kolam atau rumah mewah mereka. Kini, impian beliau telah menjadi kenyataan!
  2. Gunakan kuasa imaginasi – Gunakan kuasa imaginasi anda. Bayangkan anda sedang mendiami kediaman yang diimpikan. Mungkin sebuah rumah banglo, mahupun penthouse serta berhadapan dengan pantai yang indah permai. Apa sahaja yang anda impikan. Kenyataan bermula dengan imaginasi. Imaginasi yang anda sentiasa bayangkan dengan penuh perasaan yang ia akan menjadi realiti.
  3. Cipta perasaan gembira – Percaya atau tidak, bila kita dalam mood gembira, duit senang tertarik kepada kita? Buangkan jauh-jauh perasaan susah hati mahupun sikap negatif dalam mencari rezeki. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Jika ada perasaan susah hati, cuba senyum lebar-lebar. Dan lemparkan semula senyuman manis anda kepada yang lain! Jangkitan senyum anda itu, akan membawa rezeki!
  4. Selalu melihat benda-benda yang menjadi kegemaran – Anda gemarkan kereta BMW? Mahupun menikmati penerbangan kelas pertama bersama Malaysia Airlines? Macam mana pula rumah yang tersergam indah di tepi pantai seperti milik artis barat di luar Negara? Ema sentiasa impikan bekerja sendiri dari rumah yang mengadap kolam renang. Alhamdulillah, kini ia bukan lagi angan-angan!
  5. Sedekah – Percaya kepada kuasa sedekah. Tangan yang memberi adalah yang terbaik. Yang penting ikhlas. Pernah terjadi kepada diri sendiri. Ema menghulurkan sumbangan yang tidak berapa banyak cuma sekeping RM10 untuk MAKNA, sewaktu pergi ke sebuah pusat membeli belah. Memang ikhlas! Tidak disangkakan, petang itu berakhir dengan jualan produk sebanyak RM4,000.00! Alhamdulilah. Cuba sendiri… yang penting, ikhlas dari hati.
Senang sahaja! Selamat mencuba.

Mengapa Anda memerlukan ‘Personal Coaching’? - artikel

Semenjak kecil, anda telah memulakan perjalanan dalam membentuk peribadi masing-masing, melalui didikan ayah dan ibu. Kemudian, tidak berhenti di situ, anda mula melangkah ke alam persekolahan dan seterusnya jika berkesempatan hingga ke menara gading. Jika tidak, cara lain diteruskan asalkan ilmu terus dituntut. Ilmu di dunia dan di akhirat terlalu meluas. Memang tidak akan menang tangan untuk mengaut kesemuanya. Tetapi, anda boleh buat yang terbaik!
Kini, terma ‘Personal coaching’ sering disebut-sebut. Apa kelebihannya? Apa perbezaan personal coaching dengan menghadiri sesi beramai-ramai di dalam satu dewan yang besar? Tujuan asalnya memang sama iaitu untuk menimba ilmu tentang sesuatu perkara. Tetapi, selepas acara secara berkumpulan, memang disarankan agar anda memilih untuk menjalani sesi personal coaching kerana ia lebih bersifat peribadi. Sesi yang dijalankan selalunya secara individu. Oleh itu, masa dan waktu itu difokuskan hanya terhadap anda!
Keistimewaan personal coaching terletak kepada taktik yang mereka gunakan dalam ‘mengeluarkan hasil diri anda yang terbaik’, iaitu melalui :
  1. Mengajar anda melalui keistimewaan dan kepentingan individu
  2. Sentiasa memberi galakan
  3. Memberi cadangan kepada jalan penyelesaian yang dicari
  4. Menunjukkan contoh bagaimana cara terbaik boleh dilakukan
  5. Sentiasa berniat membangunkan minat anda
  6. Sentiasa mengikuti perkembangan anda dari masa ke semasa dengan penuh minat
Potensi diri anda yang selama ini mungkin tersembunyi, dapat dicungkil sekiranya anda mempunyai personal coach. Menarik? Ya, setiap individu mempunyai kelemahan dan kekuatan serta keistimewaan yang tersendiri. Tugas utama personal coach adalah untuk anda menyedari kekuatan anda dan menggunakannya sehabis baik. Dengan ini, anda akan lebih fokus dengan tujuan anda tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. Personal coach anda adalah seorang guru, mentor, consultant dan yang terhebat, sebagai seorang rakan yang sentiasa memberi galakan yang positif terhadap anda!
Semoga berjaya menjadi diri anda yang terhebat bersama Personal Coach anda!

Tips bekerja dari rumah - artikel

Bekerja dari rumah kedengaran seperti senang! Tak perlu sibuk menghadapi kesesakan lalu lintas setiap hari! Terbayang di fikiran, anda boleh membuat sesuka hati mengikut kesesuaian masa anda. Tetapi, realitinya, jika ingin berjaya anda perlu fokus. Bekerja dari rumah tidak bermakna dengan sewenang-wenangnya anda boleh bertindak tanpa sistem yang teratur. Ini fakta. Lebih-lebih lagi, dengan kehadiran kaum keluarga di sekeliling anda setiap masa. Tumpuan senang untuk terjejas.
Ada caranya untuk anda menjayakan situasi ini. Di sini, tips-tips untuk anda memberi tumpuan yang sewajarnya dalam mengejar kejayaan yang diidamkan walaupun hanya bekerja dari rumah:
  1. Cipta aturan masa bekerja dan ikut secara teratur -Minta kerjasama kaum keluarga agar menghormati masa anda bekerja. Beritahu mereka waktu-waktu yang sesuai atau tidak, agar anda dapat memberikan sepenuh tumpuan dalam membuat kerja.
  2. Temujanji peribadi  tidak dicampur aduk dengan masa bekerja -Elakkan mencampur aduk perkara peribadi sewaktu bekerja. Luangkan waktu khas setiap hari atau sehari dalam seminggu untuk menguruskan hal peribadi. Dengan ini, anda akan bersikap lebih professional dalam mengendalikan kerja anda.
  3. Tentukan ruang kerja khas -Ruang khas atau SOHO (small office home office) yang anda sediakan sepatutnya memang hanya untuk anda sahaja. Maklumkan kepada kaum keluarga agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan ruang itu, tanpa memaklumkan kepada anda terlebih dahulu.
  4. Berjanji kepada diri sendiri untuk mematuhi masa bekerja -Buat janji kepada diri anda agar sentiasa mematuhi masa yang telah diaturkan khas unutk bekerja. Elakkan meninggalkan ‘pejabat’ selagi waktu bekerja sedang berlangsung.
  5. Berpakaian kemas -Walaupun hanya dari rumah, anda sepatutnya berpakaian sepeti sedang bekerja di pejabat. Pakaian yang kemas serta sedikit solekan untuk wanita. Ini semua menjadi pembakar semangat kepada anda untuk lebih fokus sewaktu sedang bekerja.
  6. Ruang kerja yang teratur dan kemas -Pastikan hanya barang-barang yang berkenaan dengan hal kerja sahaja berada di ruang pejabat anda. Barang –barang lain dengan mudah akan menjadi gangguan.
  7. Peralatan pejabat yang mencukupi -Stok barangan pejabat seperti pen, kertas dan pita perekat, sentiasa mencukupi agar tumpuan anda tidak terjejas. Kehabisan stok yang penting secara tiba-tiba boleh mengganggu tumpuan anda.
  8. Jadual  Rancangan setiap hari -Aturan masa bekerja dan perkara yang perlu dilakukan harus diletak di tempat yang senang untuk anda lihat. Tuliskan di dalam buku catitan harian dan letak berdekatan dengan anda. Dengan cara ini, tumpuan anda akan menjadi seratus peratus setiap masa, sepanjang anda sedang bekerja.
  9. Kemas dan rancang -Setiap hari, rancang hari anda dengan menulis di buku catitan perkara-perkara yang perlu dilakukan. Apabila tempoh bekerja habis, semak semula buku catitan anda. Lihat perkara yang telah selesai dilakukan dan juga perkara yang perlu disambung lagi pada esok hari. Lakukan sebegini, setiap hari. Semak juga tarikh-tarikh penting agar masa tidak bercanggah dengan temujanji yang berikutnya.
Salam ceria dan selamat mencuba!

Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan 1 & 2 (DKSJ)

Semuanya bermula apabila Ema mengambil kesempatan beralih arah daripada bekerja 9-5 kepada freelance. Terasa ingin sangat menikmati kualiti hidup mengikut gaya yang diinginkan. Tawaran menjadi pengarah projek ulung untuk menggandingkan barisan hebat mentor perniagaan hebat tanahair, terlalu hebat untuk dilepaskan.











Di sini bermula perjalanan Ema dalam mengenal pasti keupayaan diri sendiri di dalam dunia yang asing. Memulakan langkah bersama rakan seperjuangan, Mashendi Darham, kami memperjuangkan niat yang sama. Kami juga berpeluang mempromosikan acara ini di Astro Awani, seakan satu mimpi berbual santai secara langsung di kaca televisyen. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.






Kurang dari 1 tahun, kami berjaya mengadakan Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan 1 dan 2. Menampilkan ramai mentor hebat untuk para peserta. Secara langsung, Ema mula memahami apa yang diperlukan dalam membentuk acara yang hebat dan memenuhi kehendak para peserta. 








Ikuti beberapa testimoni daripada peserta DKSJ!





Erti Tambah Nilai @ Added Value

Tambah nilai @ Added Value. Perkara yang membezakan produk atau servis yang serupa, tetapi mengapa harga mereka berbeza-beza?

Ini kerana masing-masing punya cara tersendiri menambah nilai terhadap produk serta servis yang ditawarkan kepada para pelanggan. Mungkin dari segi pemberian bonus, mahupun pemberian barangan percuma, juga tambahan khidmat lain yang berkaitan.


Jadi, terpulang kepada pelanggan untuk menilai sendiri sama ada harga yang ditawarkan berbaloi atau tidak dengan produk / servis penjual. 


Fikirkan secara beretika. 


Ini juga yang ingin Ema kongsikan kenapa dan mengapa quote personal coaching berbeza-beza sesama mentor kerana mereka sendiri melabur wang dan masa mereka sehingga bergelar pakar dan mula berkongsi kepakaran mereka dengan yang lain. Setiap daripada mereka, mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selamat belajar!
 

Cuti Santai 2011 @ Port Dickson

Cuti Santai 2011 adalah pembuka jalan kepada Ema untuk lebih mengenali dunia IM serta mereka-mereka yang hebat di dalam dunia maya. Di sini, Ema secara 'ín person' dapat bertemu dengan Zamri Nanyan, Eruwan Gerry, Shuth, Razif Yusof serta Suhana Sapar. Mereka pakar di dalam bidang masing-masing. Sungguh teruja dapat berkongsi pengalaman yang sekadar sekelumit bersama ikon IM tanahair.

Di sini juga bermula, permulaan baru untuk Ema lebih dikenali serta mengenal pasti potensi untuk bekerjasama sesama kami. Faedah yang didapati selama 3 hari 2 malam berdiskusi secara santai, tetapi padat dengan idea-idea bernas memang mengagumkan.

Tersemat di hati, akan mengikuti aktiviti ini seandainya diadakan setiap tahun.









Konvensyen Pakar Bisnes Internet 2012

Buat julung kalinya Ema diberi amanat sebagai satu-satunya speaker wanita di Konvensyen Pakar Bisnes Internet.

Rasa terharu kerana usaha memperjuangkan martabat IM Wanita akhirnya diiktiraf oleh mentor yang dihormati, tuan Zamri Nanyan.

Di sini, Ema berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana Ema membina dunia perniagaan online sepenuh masa, hanya dari rumah sahaja.




Luaskan kuasa Network

Kenangan ber network. Memori indah dalam membina empayar perniagaan!