#brandingduchess #selfbranding #branding Penjenamaan 10 saat Ini yang Emma gelarkan setiap kali kita berjumpa dengan kenalan baru. Tanpa sedar, memang kita suka 'judge' others dengan hanya melihat cara mereka berpakaian kan? Bukan satu kesalahan. Ini lumrah. Jadi, sekiranya anda bakal berjumpa dengan prospek untuk kali pertama, 10 saat ini adalah penting. Sesama anda, akan melilau mata melihat ketrampilan diri masing-masing. Jadi, berpakaianlah mengikut jenama perniagaan anda. Agar diri anda lebih senang diterima. Bukan bermaksud perlu berhabis wang untuk bergaya. Cuma kemas dan sedap mata memandang. Itu yang penting. Oh ya. Jangan lupa untuk melihat sekali imbas senyuman manis anda, dan periksa jika ada tertinggal cebisan makanan, jgn ada terselit di celah gigi tau. Untuk wanita, periksa juga lipstick. Jangan ada kesan di gigi anda yang putih bersih itu. Nah! Anda sudah bersedia. ;-)
by Emerilda Sani
August 04, 2014 at 11:39AM
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Emerilda Sani
August 04, 2014 at 11:39AM
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment