Chit Chat Branding - 12 Julai 2014 Proses mencari nama Brand yang uummph! Idea oh idea! Dah ada idea nak buat perniagaan yang diminati, tetapi kini nama BRAND pula yang memeningkan kepala kan? Mesti pada saat ini, anda cemburu dengan nama-nama jenama yang sudah terkenal. The Body Shop, Coffee Bean, Manhattan Fish Market, Apple, Coca Cola dan banyak lagi. Agaknya berapa lama mereka mengambil masa mencipta nama yang unik itu? Mesti ada sejarah yang tersendiri. Sudah pasti pelbagai aspek diambil kira. Perjalanan ' senyap' yang mungkin umum tidak mengetahuinya. Emma kongsikan di sini, bagaimana, nama Pejuang Hartanah tercipta! Setelah Ahyat Ishak dan Emma memulakan proses ingin memberi kesedaran tentang pemilikan dan pelaburan hartanah dalam kalangan orang Melayu, kami berdua mula memikirkan nama yang paling sesuai untuk rancangan ini. Satu petang melalui sesi sembang-sembang di telefon, beberapa soalan Emma ajukan untuk lebih mengenali personaliti beliau kerana ia penting dalam proses ini. Dalam lawak petang, tidak sengaja terpacul dari bibir Emma nama jenama Pejuang Hartanah serta Ahyat Ishak sebagai Komander Hartanah! Walla!! Beliau suka, Emma pun suka dan gembira! Phewwww. Amin. Satu proses dah selesai. Ok, what's next? ;-) Panjang lagi ceritanya. Nak dengar proses yang lengkap bagaimana nama ini tercipta? JOm join chit chat branding pada 12 Julai ini. PM untuk maklumat lanjut
by Emerilda Sani
July 09, 2014 at 02:48PM
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
by Emerilda Sani
July 09, 2014 at 02:48PM
from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT
No comments:
Post a Comment