Saturday, 14 September 2013

Prescience @ Visionary @ Berwawasan




Prescience @ Visionary @ Berwawasan..

Pengalaman, pengetahuan dan berwawasan adalah gabungan kuasa yang perlu dihormati.

Kita semua ada kemahiran tersembunyi di dalam sesuatu bidang. Ia bukan sekadar diperolehi secara sambil lewa, tetapi berdasarkan bertahun-tahun pengalaman yang diperolehi dalam membangunkan bidang tersebut.

Dari hal ini tidak hairan untuk kita melihat seseorang itu mula dikenali sebagai sebagai PAKAR dalam perkara yang mereka cintai. Kredit untuk tuan Zamri Nanyan, tuan Aqif Azizan, tuan Shuth, tuan  Muaz Abdul Hadi, tuan Cikgu Hafis Anwar, tuan Gero Azrul serta ramai lagi ikon IM tanah air kita! Mereka adalah contoh individu2 yang tidak kenal semangat jemu dalam memperjuangkan apa yang mereka percayai dan kini bergelar pakar di dalam bidang masing-masing.


Tuesday, 10 September 2013

If a cluttered desk.... - Albert Einstein

"If a clutterred desk is a sign of a cluttered mind, of what, then, is an empty desk is a sign? " - Albert Einstein

Tersurat dan tersirat.

(Mesti ramai yang sedang melihat meja kerja masing?)
 

Monday, 9 September 2013

Importance of Mentoring - Sir Richard Branson

"Whenever I am asked what is the missing link between a promising businessperson and a successful one, mentoring comes to mind." - Sir Richard Branson

https://www.virgin.com/richard-branson/the-importance-of-mentoring

;-) Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Passion is energy - Oprah Winfrey

“Passion is energy. Feel the power that comes from focusing on what excites you.”

Quote yang dipetik daripada Oprah Winfrey

Kata-kata semangat yang menjadi asas pegangan kepada Ema untuk sentiasa bersemangat di dalam memperjuangkan apa yang diminati

Tepuk dada anda, tanyalah selera. Kelainan dirasakan jika apa yang dilakukan sekarang adalah berdasarkan PASSION / MINAT anda.

Adakah anda, berjuang untuk satu matlamat ini?

SWOT vs TOWS analisis






Sama tapi tak serupa.

Kedua-duanya berhubung rapat dalam membantu kita dalam memahami dan membuat pilihan 'strategic thinking'

Nak tahu lebih lanjut?

Sunday, 8 September 2013

SWOT Analysis




Kadang-kadang Anda mesti terfikir apakah Kekuatan dan Kelemahan anda, kan?

Sama ada sebagai seorang pekerja mahupun sebagai seorang usahawan.

Cuba ikuti langkah ringkas ini, tetapi amat berpengaruh dalam menggerakkan langkah anda yang seterusnya.

Kenal pasti, kekuatan dan kelemahan anda dari segi luaran dan dalaman. Amalkan untuk setiap langkah untuk proses maju ke hadapan.

Nanti, Ema kupas lebih mendalam lagi tentang tajuk ini. Nak?

Penerangan ringkas melakar SWOT Analysis

Di sini, Ema huraikan secara ringkas, maksud sebenar SWOT, berserta perkara-perkara yang anda boleh list kan dalam mengenal  pasti faktor luaran dan dalaman, sebelum membuat langkah strategik yang seterusnya

Bermula di sini, anda akan dapat kenali potensi sebenar diri / perniagaan anda. Nampak remeh dan ringkas kan? Tetapi ung kuasanya amat berpengaruh.

Analisis ini boleh diguna pakai berulang kali. Amalkan. Buat senarai baru jika perlu atau bergantung kepada sesuatu perkara yang sedang diusahakan.



Thursday, 5 September 2013

Pilihan 1 produk sebagai fokus kepada permulaan perniagaan



Contoh di sini, Ema akhirnya memilih produk slimming sebagai fokus untuk Ema memulakan perniagaan Ema.

Ada beberapa sebab Ema mengambil keputusan ini. Faktor paling utama sebab Ema telah menggunakannya dan mendapat hasil yang amat memuaskan. Oleh itu, amat yakin untuk bergerak sebagai 'walking testimonial'.

Disenaraikan juga, sebab-sebab lain mengapa produk ini menjadi pilihan Ema.

 Senang kan? Selamat mengenal pasti MINAT anda yang boleh ditukar kepada $$$$$$$$$$$$

https://www.facebook.com/EmerildaSani

Cross Marketing (my point of view)



Aha. Inilah yang best tentang 'cross marketing'. 

Network kita akan bertambah dengan cepat. Syaratnya, ke dua-dua pihak ada win-win situation. 

"Saya promote awak punya bisnes, awak promote saya punya bisnes"

 Jangkamasa panjang ia dapat membantu membina kredibiliti. Ia juga menjimatkan kos. 

Contoh Cross Marketing yang Ema perhatikan di antara IM kita adalah antara TuanAqif Azizan dan Tuan Zamri Mohamad serta Tuan Zamri Nanyan dan Tuan Azizi Ali.

Contohi cara mereka.

https://www.facebook.com/EmerildaSani

Pembahagian Niche terhadap minat / Passion Anda





Ini adalah contoh terhadap cara yang pantas untuk membahagikan kepada kumpulan kecil, terhadap minat / passion.

Contoh yang Ema gunakan di sini, Ema pilih bidang kecantikan. Ema memang suka benda cantik. Dari segala hal. Bidang kecantikan, banyak kategorinya. So, perah otak sikit, tulis jer apa sahaja yang berkaitan dan terlintas di fikiran

Ema highlight perkataan 'Slimming' 

Aha. Tunggu gambarajah seterusnya....

Cara Asas Menyenaraikan Minat / Passion Anda



Ini adalah cara asas untuk membuat senarai asas apa sahaja MINAT anda.

Tiada had. Tulis sebanyak mungkin perkara yang menggembirakan anda. Kemudian, perhatikan perkara yang betul-betul dekat di hati dan anda tidak mungkin bosan untuk melakukannya berulang kali. 

Contoh yang Ema 'bintangkan' ialah BIDANG KECANTIKAN. Akan dihuraikan lebih lanjut mengenainya pada gambarajah akan datang.

https://www.facebook.com/EmerildaSani

Wednesday, 4 September 2013

Proses Asas Brain Storming

Proses Asas Brain Storming

;-) disebabkan bertalu2 PM bertanyakan kepada Ema;

"Macam mana hendak tahu MINAT saya?"

Ok, di sini Ema dengan sukacitanya buat sedikit draf bagaimana nak conteng2 idea anda dalam mengenal pasti minat anda.

Contoh di sini, Anda berminat dengan Fesyen. So, langkah ke dua, scribble la macam nih... buat beberapa keping kertas pun tak apa.

Dah selesai buat, confirm minda berasa sedikit tenang, kerana anda berjaya buat langkah pertama. Yey!

Selamat mencuba!

Tuesday, 3 September 2013

Hormati Masa

Topik yang amat Ema gemari dan menjadi perbincangan hangat hari ini.

MASA

Jika sudah berjanji hendak berjumpa pada hari dan masa yang tertentu, adalah terbaik untuk tiba di sana 10 minit lebih awal.

Sekiranya merasakan diri tidak dapat menepati janji, hubungi teman tersebut dan maklumkan anda mungkin akan terlewat. DI sini, ada juga ETIKA garis waktu untuk memaklumkan kepada mereka.

Contoh: Senario 1

Janji dengan Cik Puan A pukul 1030am, hari Rabu.

- anda dalam perjalanan, sesak teruk keadaan lalu lintas. jam menunjukkan 10am. sebaiknya, call atau sms Cik Puan A dan maklumkan anda akan tiba dalam pukul 11am atau 1130am kerana keadaan trafik. Dan anda juga akan update beliau sekiranya dapat tiba lebih awal atau sebaliknya.

- Jika Cik Puan A terpaksa menolak kerana beliau juga 'rushing' untuk ke tempat lain, redha jer itu bukan hari untuk anda berdua. :-) buat janji temu yang lain.

Contoh: Senario 2

Janji dengan Cik Puan A pukul 1030am, hari Rabu

- call atau sms Cik Puan A 1 hari sebelum hari temujanji dan 'reconfirm' jadual tersebut. Mana tahu beliau tiba - tiba ada urusan lain yang tidak boleh di elakkan?

*Kesimpulan di sini, hormat menghormati masa sesama kita. Kita hanya merancang.

Get the point kan? Semoga sukses!