Sembang-sembang ilmiah dengan Datuk Dr Maznah Hamid petang tadi, beliau memperkenalkan saya dengan rakan networking. Saya diperkenalkan sebagai, Órang Kuat DM. waduh. Kuat sangat nih... terima kasih DM. ;-)
Saya nak kongsi satu perbualan yang menarik, yang dipetik daripada sembang-sembang bersama Dato Shah Razali tadi, Entah macam mana saya boleh share tentang MINAT saya terhadap dunia Interior Design..pengalaman rumah saya dipaparkan di Anjung Seri... DSR bertanya sekiranya saya memiliki kelayakan I.D? dengan comel saya menjawab, "Dari segi akademik tiada, tetapi dari segi pengalaman, of coz" semuanya kerana minat... suka berangan-angan. dan DSR dengan 110% setuju, semuanya bermula dengan angan-angan. dan cari cara realisasikannya... ok. nak sambung berangan la sebelum tidur.
Banyak perkara menarik berlaku hanya dalam 1 hari ini. Ya Allah.. terima kasih. Semakin dekat aku kepada Mu, semakin yakin aku dengan rezeki setiap insan, semakin luas terbentang kemakmuran yang Engkau limpahkan. Sesungguhnya, benar. Amin.
Demam + Batuk. Sejak tahun lalu saya suka amalkan Teh O dicampur dengan Halia. Bila tanda awal nak batuk dan demam dapat dikesan, cepat2 saya amalkan pengambilan ini. Alhamdullilah akan segera sembuh dalam 2 ke 3 hari Anda pula? Apa yang diamalkan? Kongsilah dengan saya... cara cara tradisional untuk merawat demam and batuk. Terima kasih